Cari @ Amanz

Black Shark 2 Pro Disahkan Menggunakan Cip Snapdragon 855+

Link Copied!

Peranti untuk permua Black Shark 2 Pro akan dilancarkan esok di China. Sebelum ini hanya imej acah panel belakang peranti dikongsi oleh pihak Black Shark. Pada hujung minggu lalu akhirnya ia disahkan menggunakan cip Snapdragon 855+ yang merupakan cip yang direka khusus untuk permua.

Peranti dipercayai akan mengekalkan spesifikasi yang sama seperti Black Shark 2 dengan penambahbaikan pada cip pemproses sahaja. Ini bermakna ia akan hadir dengan memori sebesar 12GB RAM, dwi-kamera utama dan storan UFS 2.1. Dengan pelancarannya esok, Black Shark 2 Pro akan menjadi sebuah lagi peranti menggunakan cip Snapdragon 855+ selepas Asus ROG Phone 2.


Komen ()