Digital Wellbeing Dan Tema Gelap Baharu Kini Hadir Untuk ASUS ZenFone Max Pro M1

Digital Wellbeing Dan Tema Gelap Baharu Kini Hadir Untuk ASUS ZenFone Max Pro M1

Diterbitkan pada July 31, 2019 oleh .

ASUS ZenFone Max Pro M1 adalah peranti sebuah peranti pertengahan yang menjalankan sistem operasi Android asli tersendiri. Ia bukannya Android asli seperti Pixel atau juga Android One, tetapi adalah Android asli berasaskan AOSP dengan beberapa aplikasi Asus terbina. Peranti ini dilancarkan pada bulan Mei tahun lepas dan hanya tahun ini baru ia menerima satu fungsi sebenar Android asli.

Baca Ulasan ASUS ZenFone Max Pro M1 Di Sini

Fungsi ini adalah Digital Wellbeing. Digital Wellbeing adalah aplikasi terbina dalam peranti untuk memantau dan mengawal cara pengguna menggunakan peranti. Pada masa ia dilancarkan ia hanya terhad untuk peranti Pixel dan kemudian Android One sahaja. Kini dengan kehadiran Digital Wellbeing pada peranti ini, pengguna bolehlah menggunakan peranti mereka dengan lebih cermat dan juga sihat.

Selain itu, kemaskini ini turut membawakan tema gelap yang lebih baik. Ia tidak lagi akan memaparkan warna putih yang mencacatkan antaramuka pada peranti. Lain-lain kemaskini anda boleh rujuk senarai log perubahan di bawah;

  • Menyahkunci peranti kini lebih pantas
  • Penggunaan bateri kini adalah lebih jimat
  • Tampalan sekuriti dikemaskini untuk versi Jun 2019

Kemaskini ini akan diedarkan secara berperingkat untuk semua pengguna. Pengguna yang menggunakan peranti ini bolehlah semak di tetapan untuk kemaskini OTA yang akan hadir tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN