Cyberjaya Akan Menjadi Lapangan Uji Kereta Terbang Tempatan

Cyberjaya Akan Menjadi Lapangan Uji Kereta Terbang Tempatan

Diterbitkan pada Ogos 5, 2019 oleh .

Pada penghujung tahun lalu model kereta terbang tempatan diperlihatkan ketika acara LIMA 2018. Reaksi dari orang ramai agak bercampur-campur dengan ada yang mengatakan ia kelihatan seperti kenderaan permainan. Tetapi kita kini mengetahui bahawa kereta terbang buatan tempatan ini akan melakukan penerbangan ujian pertamanya pada tahun ini.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Cyberjaya akan menjadi lapangan ujian kereta terbang apabila prototaip berjaya dihasilkan. Selain menguji teknologi ini, Cyberjaya juga akan menjadi lapangan ujian pelbagai ciptaan baharu sebelum dikembangkan penggunaannya secara komersial. Di dalam laporan The New Straits Times beliau turut mendedahkan pembangunan prototaip kini 75%  siap.

Pemilihan Cyberjaya sebagai lapangan ujian teknologi terkini bukanlah perkara baru. Sejak dari awal penubuhan bandar pintar ini teknologi selular terkini, sistem lampu isyarat jalan pintar, bandar pintar dan sistem pengawasan litar kamera tertutup menyeluruh juga telah diuji di Cyberjaya.


TIPS & ULASAN