Google Maps Mengemaskini Navigasi Selok-Belok Dengan Antaramuka Baru

Google Maps Mengemaskini Navigasi Selok-Belok Dengan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada Ogos 8, 2019 oleh .

Aplikasi peta dan navigasi daripada Google, iaitu Google Maps adalah antara aplikasi navigasi yang popular. Tahun ini sahaja banyak perkara baharu yang Google perkenalkan. Antaranya Popular Dishes, menu makanan dari restoran terpilih, sokongan mod inkognito, dan juga tahap kesesakan dan kelewatan pengangkutan awam.

Kini Google telah mula mengedarkan antaramuka baharu pula. Antaramuka baharu ini bukan pada keseluruhan aplikasi, tetapi hanya kepada navigasi selok belok sahaja. Kemaskini ini membawakan rekaan yang mirip dengan cards pada Google Assistant atau hasil carian Google Search. Rekaan ini adalah lebih kemas, mesra pengguna dan lebih selesa untuk dilihat. Jika anda bandingkan dengan rekaan yang lama, ia lebih berkotak dan tidak enak dipandang – selepas melihat rekaan baharu.

Antaramuka baharu ini hadir dalam Google Maps versi 10.22.1. Anda boleh muat turun APK melalui APK Mirror atau terus kemaskini melalui Play Store. Jika di Play Store tidak memaparkan versi ini, daftar sahaja beta dan anda akan terus boleh terima kemaskini ini.

Muat Turun APK Google Maps 10.22.1 Di Sini

Muat Turun Google Maps 10.22.1 Di Play Store


TIPS & ULASAN