Markah ujian DXOMark untuk Samsung Galaxy Note 10 5G telah diterbitkan hari ini dan dengan 113 markah, ia kini telefon pintar dengan kemampuan terbaik di pasaran. Ia hanya satu markah lebih baik berbanding 112 yang diterima oleh Huawei P30 Pro. Peranti turut menerima 99 markah untuk kemampuan swafoto yang membolehkannya memintas Asus Zenfone 6 yang menerima 98 markah.
Pihak DXOMark memuji kemampuan mengambil gambar Note 10 dan memberikannya 118 markah, satu di belakang P30 Pro yang menerima 119 markah. Kemampuan mengambil video pula diberikan 101 markah berbanding hanya 97 markah untuk P30 Pro.
Pujian diberikan kepada kemampuan mengambil gambar yang baik dalam kesemua situasi. Penghasilan semula warna yang tepat dengan keperincian pada objek yang memuaskan. Kritikan diberikan kepada kesan bokeh yang kurang tepat boleh berlaku dalam beberapa situasi dan juga video yang mempunyai tona warna sedikit merah jambu.