Carian
Xiaomi, Oppo Dan Vivo Bersetuju Menyeragamkan Penggunaan Sistem Pemindahan Fail
August 19, 2019 Effi Saharudin

Terdapat pelbagai cara fail boleh dipindahkan dari satu telefon pintar ke telefon pintar yang lain. Pada peranti Android misalnya, ini boleh dilakukan menggunakan bluetooth atau Android Beam. Tetapi pengeluar berbeza seperti Huawei turut mempunyai sistem mereka sendiri. Xiaomi, Oppo dan Vivo hari ini membuat kejutan dengan pengumuman menyokong satu format pemindahan fail yang seragam.

Dengan kerjasama ini, pemindahan data seperti video atau gambar dapat dilakukan dengan lebih mudah pada peranti ketiga-tiga pengeluar. Data boleh dipindahkan pada kelajuan sehingga 20 MBps tanpa menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti Files. Dengan pengumuman ini sistem penghantaran data seragam seakan AirDrop dapat dinikmati pengguna Xiaomi, Oppo dan Vivo.

Bagi pengguna peranti Android yang lain, anda perlu menanti Android Q untuk menikmati sistem Fast Share yang dipercayai akan menjadi format seragam seakan AirDrop menggantikan Android Beam.

Komen