Permua Kelak Akan Mempunyai Lesen DRM Daripada Denuvo Bagi Mengelak Ia Dicetak Rompak

Permua Kelak Akan Mempunyai Lesen DRM Daripada Denuvo Bagi Mengelak Ia Dicetak Rompak

Diterbitkan pada Ogos 22, 2019 oleh .

Pada tahun 2016 pengasas 3DM mengatakan yang permainan video cetak rompak mungkin akan pupus dalam masa dua tahun. Ini kerana permainan video mula dilindungi oleh lesen DRM daripada Denuvo. Tetapi untuk menghentikan sesuatu daripada dicetak rompak adalah mustahil, ini kerana selepas beberapa bulan sistem Denuvo berjaya dipintas dan banyak permainan video berjaya dicetak rompak.

Tetapi Denuvo tidak ingin mengalah dan yakin yang sistem perlindungan pengurusan hak digital (DRM) mereka mampu melindungi permainan-permainan video. Terkini mereka ingin melindungi permua pula daripada dicetak rompak dengan mengintegrasikan sistem mereka. Sistem ini diberi nama Mobile Game Protection, yang mana amat mudah untuk diintegrasikan dan tidak memerlukan sebarang sumber kod.

Walau bagaimanapun, masih tidak pasti bagaimana sistem Denuvo ini akan memberi impak kepada permua-permua Android. Ini kerana, penggodam tidak akan mengalah dan akan terus cuba dan cuba bagi merealisasikan permua versi mod atau membeli gems/mata wang dalam permua/kotak tikam secara ‘percuma’.



TIPS & ULASAN