GlobalFoundries Menyaman TSMC Kerana Didakwa Melanggar Paten Mereka

GlobalFoundries Menyaman TSMC Kerana Didakwa Melanggar Paten Mereka

Diterbitkan pada Ogos 27, 2019 oleh .

Syarikat seperti Apple, Samsung, MediaTek, Nvidia, Lenovo dan Google menggunakan cip yang dihasilkan oleh TSMC yang berpangkalan di Taiwan. Teknologi menghasilkan cip berteknologi 7nm mereka digunakan pada majoriti peranti mercu di pasaran sekarang. Tetapi kini GlobalFoundries telah mengemukakan saman yang mendakwa TSMC menyalahgunakan 16 paten milik mereka dalam penghasilan cip. Mereka kini ingin pengimportan produk TSMC ke Amerika Syarikat dan Jerman dihalang.

Firma dari Santa Clara ini juga ingin ganti rugi diberikan atas keuntungan bernilai berbilion dolar yang dikaut oleh TSMC dengan menggunakan paten mereka tanpa kebenaran. Pihak TSMC masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai dakwaan yang dilempar ke atas mereka. Sekiranya permohonan halangan pengimportan ini dibenarkan mahkamah, ia pasti akan mendatangkan impak kepada pengeluar yang amat bergantung kepada cip keluaran TSMC dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN