Cari @ Amanz

Beberapa bulan lepas di acara MWC Shanghai, Vivo telah memperkenalkan teknologi 5G mereka dan juga protokol pengecasan pantas baharu. Pengecas pantas Vivo ini adalah Super FlashCharge 120W yang mana boleh mengecas peranti sehingga 100% dalam masa 13 minit sahaja.

Sebentar tadi, peranti Vivo NEX 3 telah diperlihatkan oleh MrWhosetheboss. Peranti ini hadir dengan rekaan skrin dwi-lengkung, selain menawarkan rekaan skrin yang lebih menyeluruh. Bahagian kamera swafoto pula disembunyikan melalui kamera pop-naik. Telefon pintar ini juga turut menyertakan sokongan port bicu audio 3.5mm, dan yang paling unik adalah rekaan kamera bulat.

Turut tertiris hari ini adalah, poster yang memberitahu Vivo NEX 3 akan menyertakan sokongan pengecasan pantas Super FlashCharge 120W. Jika benar, secara tidak langsung menjadikannya peranti pertama dengan pengecasan paling pantas di dunia. Kita hanya akan tahu spesifikasi penuh dan lebih butiran selepas ia diumumkan secara rasmi kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd