Peranti 5G Redmi Sah Akan Hadir Pada Tahun 2020

Peranti 5G Redmi Sah Akan Hadir Pada Tahun 2020

Diterbitkan pada Ogos 30, 2019 oleh .

Sekitar dua bulan lalu, terdapat laporan yang mengatakan Redmi berhasrat untuk menjual peranti 5G mereka pada harga serendah sekitar RM1200. Perkara ini akan membuatkan ramai peminat gembira, kerana peranti 5G sedia ada mempunyai tanda harga yang sangat mahal.

Kemudian, Lu Weibing telah mengesahkan yang peranti Redmi K30 akan menyokong rangkaian ini. Semalam selepas pelancaran Redmi Note 8, Redmi mengesahkan melalui Weibo yang peranti 5G mereka akan hadir pada tahun hadapan. Jika sekarang banyak peranti 5G dari China terhad dengan pelan telekomunikasi di China, tahun hadapan kita mungkin boleh lihat kehadiran peranti versi unlocked yang boleh digunakan oleh mana-mana kad SIM.


TIPS & ULASAN