Carian
Google Hadir Dengan Doodle Bertemakan Bunga Raya Bersempena Hari Kemerdekaan 2019
August 31, 2019 Effi Saharudin

Selamat menyambut hari Merdeka ke-62 kepada semua pembaca Amanz. Di hari yang bersejarah ini marilah kita melihat ke belakang dan mempelajari dari kesilapan yang lalu bagi meneruskan kehidupan yang bebas dari semua bentuk penjajahan. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Hari Merdeka disambut dengan Google Doodle khas.

Tahun ini ia bertemakan bunga Raya yang merupakan bunga kebangsaan negara kita. Google telah menghasilkan Doodle sempena Merdeka sejak 2007 dengan elemen rekaan gasing, wau, harimau Malaya dan teh tarik. Apakah Doogle Hari Merdeka yang paling anda gemari? Secara peribadi kami merasakan kesemuanya hebat kerana Malaysia negara yang terhebat di dunia. Selamat Hari Merdeka kepada semua.

Komen