Cari @ Amanz

Rekaan Vivo NEX 3 telahpun tertiris dan video peranti ini juga boleh ditonton di YouTube minggu lalu. Tarikh pelancarannya akhirnya disahkan akan berlaku pada 16 September. Peranti ini akan mempunyai rekaan skrin sisi Waterfall Screen yang menjadikannya peranti dengan peratus permukaan skrin yang amat tinggi.

Selain itu ia juga akan mempunyai kamera swafoto pop naik, pengimbas cap jari bawah skrin, menyokong pengecasan adipantas Super FlashCharge 120W dan rangkaian 5G. Ini adalah kombinasi spesifikasi yang amat menarik di dalam pasaran yang dibanjiri peranti mercu yang berkuasa.

Memandangkan Vivo NEX dan NEX Dual Display dilancarkan di Malaysia sebelum ini, kemungkinan NEX 3 akan turut mengikuti jejak yang sama adalah amat tinggi. Persoalannya ialah adakah pengguna telah bersedia menerima peranti dengan skrin sisi yang melengkung hampir 90 darjah?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd