Cari @ Amanz

Hari ini kemaskini Android 10 yang rasmi dan stabil telah diedarkan kepada semua pengguna Pixel, Redmi K20 Pro dan Essential Phone. Untuk peranti-peranti OnePlus 7 pula, versi Open Beta telah diedarkan. Tetapi banyak fungsi dan ciri Android 10 akan hanya boleh digunakan pada peranti Pixel sahaja, seperti pengalaman penggunaan Google Assistant yang lebih baik.

Google Assistant kini dilihat hadir terbina pada tetapan sistem buat beberapa peranti Pixel. Dalam tetapan ini, tetapan seperti ‘Hey, Google’, memicit untuk menyeru Google Assistant dan tetapan Google Assistant lain boleh dilakukan. Google Assistant ini dilihat muncul pada bahagian notifikasi dalam tetapan sistem peranti Pixel. Tidak pasti peranti Pixel mana yang mempunyai tetapan ini, mungkin Pixel 3 dan Pixel 3 XL. Ini kerana pada Pixel 3a XL saya, ia tidak kelihatan.

Ada kemungkinan juga ia adalah daripada bahagian pelayan atau mengikut negara sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd