Sokongan pengecasan pantas 18W mula disokong iPhone sejak tahun lalu namun Apple hanya menyertakan pengecas 5W dengan setiap pembelian. Untuk menikmati pengecasan pantas ini pengguna membeli pengecas pantas berasingan pada harga RM149 tanpa kabel pengecas USB-C. Tahun ini perubahan dilakukan dengan Apple menyertakan pengecas 18W USB-C dengan setiap pembelian iPhone 11 Pro Max dan 11 Pro.
iPhone 11 walau bagaimanapun hanya disertakan dengan pengecas 5W yang boleh kami kategorikan sebagai amat perlahan untuk tahun 2019. Ia juga adalah pengecas USB-A ke Lightning bukan USB-C ke Lightning. Jadi kepada mereka yang berminat untuk memiliki iPhone 11 apabila ia dijual di Malaysia pada 27 September hadapan, anda perlu menyedari pengecas pantas 18W tidak disertakan di dalam kotak.