Oppo Reno Ace Akan Menyokong Pengecasan SuperVOOC 65W

Oppo Reno Ace Akan Menyokong Pengecasan SuperVOOC 65W

Diterbitkan pada Sep 13, 2019 oleh .

Oppo Reno Ace sebelum ini disahkan akan menyokong skrin 90Hz yang dipopularkan oleh OnePlus 7. Peranti mercu ini akan dilancarkan pada bulan Oktober dan hari ini Brian Shen, timbalan presiden Oppo mengesahkan ia menyokong pengecasan SuperVOOC 65W.

Bateri peranti boleh dicas sehingga 40% dalam masa hanya 10 minit. Walaupun ini adalah pantas jika dibandingkan dengan teknologi semasa, Vivo telahpun memperlihatkan teknologi mengecas peranti sepenuhnya dalam masa hanya 13 minit dua bulan yang lalu.

Spesifikasi rasmi masih belum diumumkan tetapi menurut senarai TENAA, Reno Ace dilengkapi skrin 6.6″, dijana cip Snapdragon 855+, memori sebesar 12GB, storan 256GB. kamera swafoto 16MP, kamra utama 48+13+8 MP, bateri 3930 mAh dan menyokong rangkaian 5G.



TIPS & ULASAN