Cari @ Amanz

Rekaan dan spesifikasi Google Pixel 4 telah lama tertiris. Malahan aneh sekali rekaannya yang tertiris telah disahkan sendiri oleh mereka sama seperti yang berlaku kepada Pixel 3. Bagi yang menantikan peranti terkini ini, Google mengumumkan acara khas pada 15 Oktober hadapan yang pastinya adalah tarikh rasmi pelancaran Pixel 4.

Selain pelancaran Pixel 4 dan Pixel 4 XL, mereka juga dijangka melancarkan speaker pintar Google Home serta komputer riba Pixelbook baharu. Namun begitu tidak dapat dinafikan Pixel 4 ialah peranti yang paling dinantikan. Buat pertama kalinya ia akan dilengkapi sistem dwi-kamera utama dengan bonggol kamera berbentuk empat segi seperti yang dipopularkan oleh Mate 20 dan kemudiannya iPhone 11.

Peranti ini juga mempunyai kemampuan mengesan gesture kerana dilengkapi sensor khas Project Soli pada bahagian hadapan. Bagi peminat peranti keluaran Google dengan sistem operasi Android asli, jangan lupa tandakan 15 Oktober pada kalender anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd