Kuo – Apple Akan Menggunakan Semula Rekaan Seperti iPhone 4 Pada Tahun 2020

Kuo – Apple Akan Menggunakan Semula Rekaan Seperti iPhone 4 Pada Tahun 2020

Diterbitkan pada Sep 26, 2019 oleh .

iPhone 4 ialah antara peranti dengan rekaan ikonik kerana masih mempunyai saiz yang kecil dengan tubuh diperbuat daripada logam. Kami masih dapat melihat ramai pengguna peranti yang sudah agak berusia ini. Sejak iPhone SE dihentikan, Apple tidak lagi menggunakan rekaannya pada peranti generasi terbaru. Hari ini penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo meramalkan rekaan klasik ini akan digunakan semula pada iPhone 2020.

Beliau mengatakan iPhone 2020 (iPhone 12) akan kembali menggunakan bingkai logam sisi yang rata yang dipadankan dengan skrin 2.5D sedia ada. Tambah beliau lagi skrin OLED akan digunakan begitu juga dengan sensor 3D TOF pada kamera belakang dan sokongan rangkaian 5G yang tidak diberikan pada iPhone 11 tahun ini.

Ini bukan kali pertama ura-ura rekaan iPhone 4 (atau 5S) akan digunakan semula pada peranti generasi baharu. Sebelum ini Apple dikatakan akan melancarkan iPhone SE 2 tetapi ia kemudian dibatalkan. Imej pengolokan yang tertiris menunjukkan rekaan tubuh yang sama cuma dengan sistem Face ID menggantikan pengimbas cap jari Touch ID.


TIPS & ULASAN