Carian
Samsung Menghentikan Pengilangan Telefon Pintar Di China
October 3, 2019 Effi Saharudin

Bukan rahsia jualan telefon pintar Samsung di China merosot teruk kerana dominasi telefon pintar keluaran syarikat tempatan. Sejak dua tahun yang lalu peratusan pegangan pasaran mereka telah menurut ke satu angka sehingga beberapa kilang ditutup. Menurut laporan Reuters hari ini, Samsung kini telah menutup semua kilang yang menghasilkan telefon pintar di China.

Kilang yang terletak di Huizhou telah beroperasi sejak 1992 dan mengeluarkan 67 telefon pintar pada tahun 2017. Samsung kini mengeluarkan majoriti telefon mereka di Vietnam dan India. Kilang telefon pintar terbesar mereka kini terletak di India. Di dalam laporan yang sama, Sony juga dikatakan telah menghentikan pengilangan telefon pintar di China.

Komen