Kitty Hawk Memperlihatkan Kapal Terbang Elektrik Yang Lebih Senyap Daripada Mesin Basuh

Kitty Hawk Memperlihatkan Kapal Terbang Elektrik Yang Lebih Senyap Daripada Mesin Basuh

Diterbitkan pada Okt 7, 2019 oleh .

Dua tahun yang lalu Kitty Hawk memperlihatkan prototaip kenderaan terbang berkuasa elektrik mereka. Dalam masa hanya dua tahun sahaja, mereka telah melancarkan dua kenderaan terbang yang mampu melakukan penerbangan dan pendaratan secara menegak (VTOL). Kitty Hawk memperlihatkan Heaviside, sebuah lagi prototaip kenderaan terbang elektrik mereka.

Heaviside dilengkapi lapan motor elektrik dengan enam pada sayap utama dan dua pada sayap canard pada bahagian hidung. Menurut Kitty Hawk pesawat ini juga mempunyai kemampuan VTOL, terbang pada kelajuan 192 km/j dan jarak penerbangan sehingga 160 km,

Keunikan pesawat ini ialah ia hanya menghasilkan bunyi sekitar 32dB pada ketinggian 500 meter yang lebih senyap berbanding sebuah mesin basuh. Sebagai perbandingan helikopter pada ketinggian yang sama menghasilkan bunyi pada kekuatan 80 dB. Ini sekaligus akan mengurangkan pencemaran bunyi apabila ia beroperasi di kawasan perumahan dan bandar.

Buat masa ini Kitty Hawk tiada perancangan untuk menjual pesawat rekaan mereka walaupun menerima dana dari Boeing dan pengasas Google Larry Page.


TIPS & ULASAN