Boeing Mengumumkan Kerjasama Dengan Kitty Hawk Bagi Membangunkan Kereta Terbang

Boeing Mengumumkan Kerjasama Dengan Kitty Hawk Bagi Membangunkan Kereta Terbang

Diterbitkan pada June 27, 2019 oleh .

Kereta terbang dijangka mendominasi udara kawasan bandar bagi perjalanan jarak sederhana. Teksi terbang dilihat sebagai antara cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Paris ketika acara Olimpik 2024 kelak. Di Paris Air Show, Airbus mengumumkan kejayaan ujian teksi terbang Vahana yang dibangunkan oleh mereka.

Boeing yang merupakan pesaing kepada Airbus turut ingin membangunkan kereta terbang mereka sendiri dan mengumumkan kerjasama dengan Kitty Hawk. Kitty Hawk yang menerima dana dari pengasas Google Larry Page telah membangunkan dua kereta terbang Cora dan Flyer. Denga kerjasama ini, Boeing dan Kitty Hawk ingin membangunkan ekosistem kenderaan terbang masa hadapan.

Seperti Airbus, Boeing juga mempunyai kenderaan persendirian terbang Private Air Vehicle (PAV) di bawah projek Boeing NeXt.  PAV dan Cora mempunyai rekaan multi-kipas yang sama. Airbus Vahana menggunakan rekaan berbeza dengan sistem kipas dan sayap berputar bagi membenarkan penerbangan secara menegak.


TIPS & ULASAN