Cari @ Amanz

Essential menjanjikan sebuah telefon pintar baharu bagi menggantikan Essential PH.1 yang dilancarkan dua tahun yang lalu. Walaupun jualan peranti sulung mereka dilaporkan gagal menemui sasaran dan beberapa aksesori yang diumumkan telah dibatalkan, Essential masih belum bersedia untuk mengibarkan bendera putih.


Pagi ini Andy Rubin yang merupakan pengasas Essential berkongsi beberapa foto dan video sebuah peranti baharu dengan rekaan skrin yang memanjang. Peranti bertubuh pipih ini mempunyai nisbah yang lebih panjang berbanding 21:9 yang digunakan pada Sony Xperia 1. Sekilas pandang ia mengingatkan kami kepada Galaxy Fold pada posisi tertutup tetapi dengan rekaan semua skrin.

Tubuh peranti juga mempunyai kemasan tubuh loga yang berkilat. Sebuah modul kamera berbentuk bulat dapat dilihat dan juga sebuah pengimbas cap jari fizikal. Rubin tidak berkongsi maklumat lain mengenai peranti ini tetapi ia besar kemungkinan Essential Phone 2. Adakah rekaan tubuh memanjang ini akan bakal menjadi ikutan pengeluar lain?

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd