Cari @ Amanz

Bagi peminat Apple, Steve Jobs diangkat seperti dewa yang mengubah tamadun manusia dengan produk-produk yang direka oleh beliau. Walaupun sudah lapan tahun meninggalkan dunia yang fana, pengaruh beliau masih boleh dilihat sehingga sekarang. Bagi peminat tegar Steve Jobs, mereka kini boleh memiliki iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max edisi terhad yang mempunyai cebisan baju tengkuk kura-kura milik mendiang pada bahagian belakang.

iPhone 11 Pro Superior Jobs dihasilkan oleh firma Caviar yang terkenal dengan peranti edisi khas mereka sebelum ini. Cebisan kecil baju yang pernah dimiliki Steve Jobs diletakkan di dalam logo Apple yang lutsinar. Selain itu panel belakang peranti juga mempunyai rekaan dua tona seperti iPhone generasi pertama lengkap dengan tandatangan Steve Jobs yang diukir.

Tidak seperti iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max, kamera ini tidak mempunyai bonjol kamera berbentuk empat segi. Bagi yang berminat iPhone 11 Pro Superior Jobs dijual pada harga bermula $6740 (~RM28264) sebuah untuk 11 Pro Max dan $6280 (~RM26335) untuk 11 Pro.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd