Cari @ Amanz

Semasa Google I/O 2019, Google telah mengumumkan Android 10 dan beberapa fungsi baharu. Salah satu fungsi itu adalah Live Transcribe, yang mana boleh mengubah audio dan mentranskripsi kepada teks. Fungsi yang mirip dengannya dan lebih hebat adalah Live Caption, yang mana akan mengubah apa jua audio tidak kira muzik atau video kepada sari kata yang akan dipaparkan pada skrin peranti. Fungsi ini dikatakan hanya terhad kepada Android 10 dan memerlukan kuasa pemproses yang tinggi sahaja.

Akan tetapi pada Pixel 3, ia tidak kelihatan langsung. Akhirnya selepas Pixel 4 dimumkan, Google telah memaklumkan yang Live Caption akan terhad kepada Pixel 4 terlebih dahulu. Ia hanya akan hadir pada peranti Pixel 3 dan Pixel 3a pada bulan Disember. Agak pelik, kerana Pixel 2 yang mempunyai kuasa pemproses yang lebih tinggi berbanding Pixel 3a tidak menyokong fungsi ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd