Cari @ Amanz

Semasa OnePlus 7 Pro dilancarkan, ia mempunyai skor DXOMark kedua tertinggi antara telefon pintar. Skor yang diterima ketika itu adalah 111, ia berada dibelakang Huawei P30 Pro dan Samsung Galaxy S10 5G yang kedua-duanya menerima skor 112. Pada bulan September lepas, DXOMark mengemaskini cara ujian dilakukan. Mereka kini memasukkan kualiti sudut ultra lebar dan mod malam.

Oleh yang demikian, baru-baru ini skor OnePlus 7 Pro telah dikemaskini kepada 114. Ia berada di tangga kelima teratas dan menewaskan Samsung Galaxy S10+. Skor foto bagi ujian baru adalah 122 dan video pula adalah 98. Secara keseluruhan tidak dinafikan yang kamera OnePlus 7 Pro agak hebat dan menakjubkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd