Bulan Mac lalu, Twitter memperkenalkan mod gelap sebenar untuk peranti iOS. Bagi mereka yang menggunakan peranti dengan skrin OLED, warna hitamnya akan jadi hitam yang legam dan bukannya kelabu gelap. Sedikit mengecewakan, pengguna Android perlu menunggu lebih lama kerana mod ini ditangguhkan dan masih dalam pembangunan.
Akhirnya, baru-baru ini mod gelap sebenar yang digelar “Lights out” ini mula kelihatan pada peranti Android. Ia hanya untuk pengguna alpha dan beta dan ia juga terhad. Ini kerana, mod ini diedarkan dari bahagian pelayan dan tidak semua akan menikmatinya. Apa yang menariknya, ini adalah satu petanda baik. Selepas ia selesai diuji, pasti akan terus diedar secara umum dan pengguna yang gemarkan mod ini dapat menikmatinya.
- Muat Turun
- Daftar Twitter Beta Di Sini