Pembangunan Telefon Pintar RED Hydrogen Dihentikan
RED

Pembangunan Telefon Pintar RED Hydrogen Dihentikan

Diterbitkan pada Okt 25, 2019 oleh .

Dua tahun yang lalu pembangun kamera RED melancarkan telefon pintar mereka Hydrogen One dengan sasaran memberikan kemampuan videografi terbaik pada peranti mudah alih. Pelbagai masalah dialami projek ini sehingga ia mengalami kelewatan yang kronik. Bagi mereka yang menantikan model kedua dari RED, anda perlu membatalkan hasrat kerana pembangunnya telah dihentikan.

Pengumuman dilakukan oleh pengasas RED Jan Jannard menerusi forum rasmi RED hari ini. Pembatalan ini adalah tidak disangka kerana pembangunan RED Hydrogen Two telah dilakukan pada Julai yang lalu, Sebab yang diberikan adalah atas masalah kesihatan dialami yang turut memaksa beliau untuk bersara dari RED. Sungguhpun pembangunan Hydrogen telah dihentikan, telefon pintar ini akan terus disokong untuk waktu terdekat.


TIPS & ULASAN