Carian
Apple AirPods Pro Mungkin Ditawarkan Dalam Pelbagai Pilihan Warna
October 28, 2019 Effi Saharudin

Fon telinga nirwayar Apple AirPods Pro diramalkan akan dilancarkan dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Fon telinga nirwayar generasi kedua ini bakal hadir dengan sistem pembatalan hingar aktif. Terkini menurut laporan Economic Daily News, AirPods Pro akan turut ditawarkan dalam lapan pilihan warna,

Antara warna yang ditawarkan ialah sama seperti iPhone 11 Pro iaitu Midnight Green dan Space Gray, Sebelum ini AirPods hanya ditawarkan dalam warna putih sahaja. Lapan pilihan warna adalah banyak sama seperti yang dilakukan oleh Apple untuk Beats Solo Pro yang juga baru dilancarkan beberapa minggu yang lalu. Jika laporan ini benar, pemilik iPhone akan dapat memadankan warna AirPods Pro dengan warna peranti mereka.

Komen