Xiaomi Mi Note 10 Dengan Kamera 108MP Akan Dilancarkan Esok

Xiaomi Mi Note 10 Dengan Kamera 108MP Akan Dilancarkan Esok

Diterbitkan pada November 5, 2019 oleh .

Xiaomi Mi Note 10 akan dilancarkan esok di Madrid Sepanyol. Ini ialah versi global untuk Mi CC9 Pro yang dilancarkan di China hari ini. Keunikan Mi Note 10 ialah kemera utama sebesar 108-Megapixel yang baru sahaja dinobatkan sebagai antara yang terbaik pada telefon pintar oleh DXOMark.

Xiaomi Mi CC9 Pro

Xiaomi Mi CC9 Pro menggunakan skrin 6.47-inci Super AMOLED, dijana cip Snapdragon 730G, dan menawarkan pilihan memori sehingga 8GB RAM. Untuk rakaman swafoto, ia menggunakan sensor hadapan 32-megapixel yang terletak pada bahagian takuk hadapan skrin. Skrin hadapan juga turut mengintegrasikan pengimbas cap jari padanya.

Untuk kamera belakang, selain kamera utama 108-megapixel, ia turut menyertakan sensor 12-megapixel untuk rakaman potrait, 20-megapixel untuk rakaman ultra-lebar, 5-megapixel telefoto untuk zum sehingga 5 kali, dan juga 2-megapixel untuk rakaman makro.

Xiaomi turut menggunakan bateri 5260mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W, selain turut menyertakan sokongan seperti bicu audio 3.5mm dan juga sokongan pembesar suara.


TIPS & ULASAN