Xiaomi hari ini telah pun melancarkan telefon pintar Mi CC9 Pro untuk pasaran China, selain pada masa yang sama dijangka memperkenalkan variasi telefon pintar ini untuk pasaran antarabangsa dibawah nama Mi Note 10.
Menariknya, hari ini ia dilihat sebuah telefon pintar baru telah melepasi pengesahan Sirim, iaitu dengan angka model M1910F4G, iaitu Mi Note 10.
Pengesahan Sirim ini sekaligus memberikan petanda yang mana telefon pintar ini akan memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat ini.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai Mi Note 10 secara rasminya minggu ini, sebelum nantikan penawaran rasmi peranti berkenaan di Malaysia tidak lama lagi.