Google Cardboard Kini Ditawarkan Secara Sumber Terbuka

Google Cardboard Kini Ditawarkan Secara Sumber Terbuka

Diterbitkan pada November 7, 2019 oleh .

Projek realiti maya Google Daydream kini telah dihentikan oleh Google dengan Pixel 4 langsung tidak menyokongnya. Malahan ketika pengumuman Android 10, ia langsung tidak disebut. Tetapi sungguhpun sebelah kaki sudah di dalam liang lahad. Google masih belum bersedia mengambus kubus dan meletakkan batu nisan pada projek realiti maya mereka.

Google CardboardHari ini Google Cardboard ditawarkan secara sumber terbuka kepada pembangun yang masih ingin membangunkan projek realiti maya pada peranti Android dan iOS. Pelbagai sumber untuk pembangunan Cardboard akan ditawarkan lengkap dengan dokumentasi berkaitan.

Dengan memberinya sebagai sumber terbuka, Cardboard dapat terus hidup dengan sokongan dari komuniti. Hanya beberapa tahun yang lalu realiti maya dikatakan akan menjadi teknologi yang mengubah penggunaan telefon pintar tetapi kini digantikan pula dengan realiti terimbuh.


TIPS & ULASAN