Beberapa bulan yang lalu pelanggan Astro mengeluh apabila aplikasi untuk penyiar televisyen satelit ini tidak lagi disokong pada beberapa model televisyen pintar. Di sidang media pasca pelancaran kotak 4K Ultra Box sebentar tadi, pihak Astro telah menjawab persoalan mengenai masa depan aplikasi pada televisyen pintar di pasaran.
Menurut Shahrul Imran Sultan yang merupakan timbalan presiden kejuruteraan produk Astro, aplikasi Astro Go untuk beberapa model televisyen pintar kini sedang dibangunkan oleh pihak mereka. Ini adalah bagi menggantikan aplikasi terdahulu yang sebelum ini masih menggunakan antaramuka lama.
Beliau turut menambah selepas aplikasi ini dilancarkan, sokongan melontar kandungan (casting) dari aplikasi telefon pintar Astro Go ke televisyen pintar pula akan akhirnya diberikan. Ini adalah fungsi yang telah lama diminta pengguna sejak aplikasi Astro Go dilancarkan tujuh tahun yang lalu,