Cari @ Amanz

Beberapa hari lepas kami telah membuat tutorial mengenai langganan Disney+ di Malaysia. Tutorial tersebut difokuskan kepada pengguna Android dan ada pengguna iOS berasa kami telah lupakan mereka. Ada juga yang menghubungi saya, bertanyakan “takkan iOS user kena buat akaun Google?”. Jawapannya tidak, oleh yang demikian artikel hari ini adalah bagaimana pengguna iOS boleh melanggan Disney+ di Malaysia dengan mudah.

Disney+ akan hadir ke pasaran Malaysia pada tahun hadapan. Tetapi ia akan hadir melalui platform penstriman video Hotstar, yang mana kandungan Disney+ akan disertakan dalam platform tersebut. Sementara menunggu tahun depan, anda boleh ikuti langkah dalam artikel ini bagi menikmatinya lebib awal dari tarikh pelancaran rasmi.


  • Info
  • Pastikan anda langgan pelan VPN premium seperti CyberGhost, NordVPN atau mana-mana pelan VPN yang boleh melepasi sekatan negara pada Netflix

Langkah 1

Pergi ke App Store, tekan ikon profil anda di atas kiri dan tekan nama anda. Kemudian tekan Country/Region, tekan Change Country or Region dan pilih negara Amerika Syarikat, Kanada atau Netherlands. Tekan Agree untuk setuju, masukkan butiran anda – untuk pembayaran anda boleh pilih sahaja None. Isi nama anda dan butiran-butiran lain. Dalam kes saya, saya memang ada alamat gudang di Amerika Syarikat – jadi tetapan saya adalah Amerika Syarikat. Jika tidak, anda boleh Google sahaja dan jana alamat dan butiran yang rawak dan kemudian baru isi. Jika pengesahan diminta, imbas wajah atau cap jari sahaja.

Langkah 2

App Store anda akan automatik menjadi App Store negara pilihan. Aplikasi Disney+ akan sedia terpapar di laman utama. Muat turun aplikasi Disney+.

Oh ya, Langkah 1 dan 2 ini anda tidak perlu gunakan VPN sudah okay. Jangan risau. 

Selesai muat turun aplikasi Disney+ baru anda sambungkan kepada VPN. Saya pilih Amerika Syarikat, pelayan Los Angeles. Kadangkala Disney+ tidak akan kesan VPN ini, jika Disney+ tidak boleh diakses tukar ke pelayan New York atau Miami, atau mana-mana pelayan lain. Setiap pelayan yang anda ubah, ada kemungkinan anda perlu buang Disney+ dari senarai aplikasi terbuka dan bukanya kembali.

Dalam aplikasi Disney+, cipta akaun baharu. Isikan alamat emel dan cipta kata laluan. Anda akan menerima 7 hari langganan percuma dan pilihan langganan bulanan atau tahunan. Disebabkan iOS ini lain sedikit dari Android, harga langganan anda adalah dalam USD. Jika bayaran diminta, isikan kad debit/kredit anda atau buat pembayaran melalui PayPal. Jika gagal, sila lihat langkah ketiga.

Langkah 3

Pembayaran di iOS sedikit pelik. Disebabkan saya sudah cipta akaun di Android dan langgan dari peranti Android, langganan saya direkodkan dalam Google Play. Jika anda gagal, sambungkan VPN di PC atau Mac dan cipta akaun Disney+ dari desktop sahaja. Ia akan lebih pantas dan mudah. Lakukan pembayaran PayPal atau kad dan anda sudah siap melanggan. Di dekstop, anda juga akan ditawarkan untuk melanggan berkas Disney+ + Hulu + ESPN+ pada harga hanya $12.99 sahaja (~RM54). 3 platform berbeza dengan satu langganan yang harganya lebih kurang dengan Netlix yang hanya satu platform.

Langkah 4

Tidak kira dari peranti iOS atau PC/Mac, selesai membuat akaun dan langganan – anda sudah boleh tonton di peranti iOS anda dengan mudah. Cuma kena ingat, VPN harus kerap disambungkan – kecuali jika filem atau siri TV anda sudah muat turun.


Pendapat saya, iOS adalah lebih mudah. Tidak begitu sukar dengan Android. Disebabkan peranti Android saya adalah Pixel 4 yang menjalankan Android 10, Disney+ tidak berfungsi dengan baik. Saya gunakan iPhone XS sebagai peranti untuk menikmati hiburan Disney+ saya.

Silalah cuba, dan moga berjaya!

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd