TCL Menghasilkan Skrin Untuk Tablet Dengan Kadar Segar Semula 240Hz

TCL Menghasilkan Skrin Untuk Tablet Dengan Kadar Segar Semula 240Hz

Diterbitkan pada November 18, 2019 oleh .

Tahun ini melihat pengguna skrin 90Hz kian meningkat dengan OnePlus menjadi syarikat yang mempopularkannya. Dengan kadar segar semula 90Hz, animasi dan tatalan skrin terasa lebih lancar berbanding 60Hz yang digunakan sekarang. Tetapi mungkin selepas ini 90Hz juga dilihat sebagai tidak memadai dengan pengenalan skrin 240Hz pula.

Rekaan skrin 10.8″ WQ Display dengan kadar segar semula 240Hz keluaran TCL Display Technology telah diperlihatkan. Skrin ini juga menyokong resolusi 2560×1600 pixel, keterangan maksimum 500 nits dan lubang untuk kamera. Tidak diketahui sama ada skrin ini sudah mempunyai pelanggan untuk produk sebenar.

Sebelum TCL, Kyocera memperlihatkan skrin Mikro LED dengan  kadar segar semula 240Hz. Sharp juga telahpun melancarkan telefon pintar Aquos Zero2 yang dengan skrin 240Hz. Kadar segar semula yang tinggi memang memberikan pengalaman pengguna yang lancar tetapi memendekkan hayat penggunaan bateri. Selagi teknologi bateri tidak bergerak selari dengan teknologi lain, selagi itulah kami rasakan skrin 240Hz tidak akan digunakan secara meluas pada peranti mudah alih.


TIPS & ULASAN