Nokia akan melancarkan peranti terbaru mereka pada 5 Disember hadapan. Ini disahkan sendiri menerusi video acah yang dimuat naik ke akaun media sosial mereka. Harus diakui vide acah ini tidak memberikan sebarang petunjuk peranti apakah yang akan dilancarkan mereka.
The newest addition to our family will be launched on 5 December 2019. 🙌Stay tuned to find out more! #NokiamobileLive pic.twitter.com/iYqPxyOTKP
— Nokia Mobile (@NokiaMobile) November 22, 2019
Terdapat kebarangkalian tinggi Nokia 8.2 akan dilancarkan memandangkan Nokia 8.1 dilancarkan pada 5 Disember tahun lalu. Ini ialah sebuah peranti kelas pertengahan. Jika ini benar-benar berlaku, peranti ini mungkin akan memasuki pasaran Malaysia tidak seperti Nokia 9 Pureview yang masih belum muncul sehingga hari ini sungguhpun dilancarkan pada bulan Mac.