Qualcomm Memberikan Sebab Mengapa Penggunaan Pengimbas Cap Jari Ultrasonik Tidak Meluas

Qualcomm Memberikan Sebab Mengapa Penggunaan Pengimbas Cap Jari Ultrasonik Tidak Meluas

Diterbitkan pada Dis 6, 2019 oleh .

Pengimbas cap jari ultrasonik bawa skrin 3D Sonic Max dilancarkan dua hari lalu oleh Qualcomm. Penambahbaikan yang dilakukan ialah saiz permukaan pengimbas yang 17 kali lebih besar berbanding generasi terdahulu dan proses imbasan yang lebih pantas. Sungguhpun memberikan tahap sekuriti yang lebih baik berbanding pengimbas optikal, pengimbas ultrasonik masih tidak digunakan secara meluas.

Pihak Qualcomm telah mendedahkan mengapa ini berlaku di dalam sesi soal jawab terbuka di Snapdragon Summit semalam. Menurut Keith Kresin – timbalan presiden kanan produk Qualcomm, ramai pengeluar tidak mempunyai kepakaran untuk mengintegrasikan pengimbas cap jari optikal mereka pada skrin. Samsung mempunyai kelebihan kerana mereka menghasilkan sendiri skrin AMOLED mereka. Jadi tidak mengejutkan teknologi ini digunakan pada S1o, Note 1o dan Oppo R17 Pro yang menggunakan skrin AMOLED Samsung.

Pengeluar dari China ramai memilih menggunakan panel OLED keluaran BOE kerana kos yang lebih rendah berbanding Samsung. Mate 30 Pro misalnya masih menggunakan pengimbas cap jari optikal pada skrin OLED yang dikeluarkan oleh BOE.

Dengan 3D Sonic Max, mungkin iPhone di masa hadapan akan akhirnya menyokong pengimbas cap jari bawah skrin optikal. Apple telahpun menggunakan skrin OLED yang direka oleh Samsung sejak iPhone X. Malah pada April tahun ini, mereka dilaporkan bekerjasama dengan Qualcomm untuk membangunkan pengimbas cap jari terbina bawah skrin.


TIPS & ULASAN