Cip NVIDIA DRIVE AGX Orin Diumumkan Untuk Kegunaan Kenderaan Swapandu Tahap 5

Cip NVIDIA DRIVE AGX Orin Diumumkan Untuk Kegunaan Kenderaan Swapandu Tahap 5

Diterbitkan pada Dis 19, 2019 oleh .

Mungkin ramai tidak menyedari selain menghasilkan GPU untuk adikomputer dan permainan video, NVIDIA juga terlibat dalam penghasilkan cip untuk kenderaan swapandu. Model awal Tesla kesemuanya menggunakan cip komputer keluaran NVIDIA sebelum digantikan dengan Full Self Driving Computer (FSDC) pada April lalu. Hari ini di acara NVIDIA GPU Technology Conference, cip terkini NVIDIA DRIVE AGX Orin telah diumumkan.

Cip ini menurut mereka mempunyai kemampuan melakukan 200 trilion perkiraan sesaat yang meletakkannya hampir tujuh kali ganda lebih berkuasa berbanding cip Xavier yang mereka keluarkan sebelum ini. Ia juga hampir dua kali ganda lebih berkuasa berbanding cip FSDC dengan kemampuan 144 trilion perkiraan sesaat

Tambah NVIDIA lagi DRIVE AGX Orin mampu memberikan kemampuan swapandu Tahap 2 sehingga Tahap 5 bergantung kepada keperluan pengguna.Walaupun diumumkan hari ini, NVIDIA menyasarkan penggunaannya pada kenderaan sebenar hanya pada tahun 2022.


TIPS & ULASAN