Gambar Sebenar Samsung Galaxy Fold 2 Telah Tertiris

Gambar Sebenar Samsung Galaxy Fold 2 Telah Tertiris

Diterbitkan pada Dis 19, 2019 oleh .

Samsung Galaxy Fold 2 akan menjadi peranti boleh-lipat kedua dari gergasi Korea ini. Hari ini imej sebenar peranti dengan rekaan clamshell telah tertiris ke arena web mengesahkan ura-ura yang didengari, paten yang difailkan rekaan konsep yang kami telah laporkan sejak beberapa bulan yang lalu.

Rekaan clamshell adalah sama seperti Motorola RAZR 2019 yang dilancarkan bulan lalu. Seperti RAZR, Fold 2 mempunyai sebuah skrin sekunder bersaiz kecil pada bahagian luar yang boleh memaparkan notifikasi yang diterima. Dwi kamera terletak di bahagian luar dan sebuah kamera swafoto pada bahagian dalam diletakkan di dalam lubang kamera.

Skrin boleh lipat mempunyai bezel yang agak tebal dengan skrin rata tanpa sebarang lengkung sisi. Dapat dilihat juga ialah mekanisme lipatan yang menyerupai Fold asal tetapi jauh lebih kecil. Akhir sekali pada bahagian bawah terdapat port pengecasan UBS-C dan hanya satu kekisi audio. Samsung Galaxy Fold 2 dijangka dilancarkan serentak dengan Galaxy S11 pada penghujung Februari 2020.



TIPS & ULASAN