Huawei P40 Pro Mungkin Dilengkapi Kamera Dengan Kemampuan Zum Optikal 10X

Huawei P40 Pro Mungkin Dilengkapi Kamera Dengan Kemampuan Zum Optikal 10X

Diterbitkan pada Dis 21, 2019 oleh .

Huawei mengubah landskap telefon pintar dengan memperkenalkan semula sistem mekanisme periskop yang sebelum ini digunakan pada Zenfone Zoom. Peranti P30 Pro mempunyai kemampuan melakukan zum optikal sehingga 5X dan zum digital sehingga 50X, Tetapi pada P40 Pro tahun ini, Huawei akan mempertingkatkan lagi kemampuan kamera sehingga dua kali ganda.

Menurut ramalan penganalisa Ming-Chi Kuo, P40 Pro akan dilengkapi kamera dengan mekanisme periskop baharu yang membolehkan zum optikal 10X. Peranti ini telahpun disahkan akan dilancarkan di Paris pada bulan Mac oleh ketua pegawai eksekutif perniagaan pengguna Huawei Richard Yu pada minggu lalu.

Tahun ini tiga peranti dari sepuluh yang mempunyai kemampuan kamera terbaik menurut DXOMark dihasilkan oleh Huawei. Jika ramalan menjadi kenyataan, Huawei mempunyai peluang yang cerah untuk menerajui carta pada tahun 2020.



TIPS & ULASAN