Carian
Paten Terkini Apple Menunjukkan Air Power Masih Dibangunkan
December 22, 2019 Effi Saharudin

Pengecas nirwayar AirPower dibatalkan jualannya tahun ini selepas Apple gagal menyelesaikan masalah pemanasan pada unit ujian awal. Ia adalah produk berprofil tinggi pertama Apple yang dibatalkan walaupun ia diiklankan pada AirPods baharu yang menyokong pengecasan nirwayar. Tetapi Apple mungkin masih belum mengibar bendera putih dan pembangunan AirPower masih diteruskan.

Ini disahkan menerusi paten terbaru yang telah difailkan. Berdasarkan lakaran paten, kita dapat melihat rekaan multi-gelung yang digunakan pada AirPower bagi membolehkan peranti dicas tanpa ia diletakkan pada kedudukan tertentu pada pengecas.

Dua minggu lalu kedengaran ura-ura iPhone tanpa port pengecas akan dihasilkan. Tidak mengejutkan jika AirPower baharu akan dilancarkan serentak dengan iPhone sekiranya ini berlaku.

Komen