Kecerdasan Buatan Google Kini Mampu Mengesan Kanser Payudara Lebih Tepat Berbanding Manusia

Kecerdasan Buatan Google Kini Mampu Mengesan Kanser Payudara Lebih Tepat Berbanding Manusia

Diterbitkan pada Jan 2, 2020 oleh .

Pada tahun 2018 Google membangunkan kecerdasan buatan yang mampu mengesan kanser payudara metatastik. Pada waktu tersebut data yang diambil adalah sekadar untuk kajian semata-mata. Tetapi kecerdasan buatan ini telah digunakan untuk mengesan kanser payudara menerusi imbasan mamogram. Hasilnya ialah ia mampu mengesan kehadiran kanser lebih tepat berbanding manusia.

Menerusi kajian terkini yang telah diterbitkan, kecerdasan buatan Google adalah mencatatkan keputusan 5.7% positif palsu lebih rendah berbanding pakar radiologi manusia. Ia juga mencatatkan keputusan 9.4%  negatif palsu lebih rendah. Keputusan kedua ini adalah penting kerana kegagalan mengesan kanser lebih awal adalah antara penyebab mengapa kanser payudara kini menjadi pembunuh no 1 wanita dunia.

Penggunaan kecerdasan buatan akan mengurangkan beban  pakar radiologi manusia. Ia tidak akan menggantikan manusia tetapi sekadar menjadi sistem memastikan tiada kesilapan dilakukan ketika proses diagnosis. Selain Google, Microsoft juga telah membangunkan kecerdasan buatan mengesan kanser serviks pada penghujung 2019. Kajian ini telah diterbitkan di dalam edisi terkini jurnal Nature.


TIPS & ULASAN