Carian
Penyeragaman Sistem Pemindahan Fail Peranti Xiaomi, Oppo Dan Vivo Akan Bermula Februari Ini
January 3, 2020 Effi Saharudin

Ogos lalu Xiaomi, Oppo dan Vivo telah bersetuju untuk menyeragamkan sistem pemindahan fail yang digunakan pada peranti keluaran mereka. Selepas pengumuman dilakukan tiada maklumat bilakah sistem ini akan diperkenalkan sehinggalah hari ini. Oppo akan menjadi pengeluar pertama menggunakan protokol Mobile Direct Fast Exchange pada Februari 2020.

Menerusi sistem ini, fail dapat dipindahkan pada kelajuan mencecah 20 MB/s. Penggunaan sistem ini diharap dapat memudahkan penghantaran fail bersaiz besar di antara pengguna peranti pengeluar yang mempunyai pasaran yang besar di China ini. Buat masa ini sistem ini nampaknya akan digunakan pada peranti yang dilancarkan di China terlebih dahulu. Ia dilihat sebagai alternatif kepada sistem Fast Share Android yang merupakan jawapan kepada Apple AirDrop,

Kepada pengguna di Malaysia jika anda ingin memudahkan penghantaran fail antara peranti Android kami menyarankan anda menggunakan aplikasi Google Files.

Komen