Dell Concept Ori – Peranti Windows 10 Dengan Skrin Boleh-Lipat
Aman
Bersama-sama pengenalan peranti konsep dwi-skrin, pihak Dell turut mencuri perhatian dengan memperlihatkan peranti dengan skrin boleh-lipat dinamakan sebagai Concept Ori.
Ia menawarkan ciri-ciri lebih kurang sama seperti Lenovo ThinkPad X1 Fold yang turut diumumkan hari ini.

Dell Concept Ori menawarkan skrin bersaiz 13-inci yang boleh dilipat dua, dan dibawa kemana-mana dengan lebih mudah.
Dell mengatakan peranti ini adalah lebih mudah untuk menikmati kandungan seperti untuk membaca atau menonton video. Selain daripada itu, ia juga memudahkan pengguna melakukan multi-tugasan dengan input menggunakan stylus.
Seperti Concept Duet, Concept Ori ini juga adalah sebuah peranti konsep, dan tiada perancangan untuk pemasaran buat masa ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.