Cari @ Amanz

Pada 11 Februari hadapan, Samsung akan melancarkan peranti terkini mereka, Antara yang dilancarkan ialah peranti skrin boleh lipat yang kedua. Sebelum ini kami melaporkan ia akan menggunakan nama Galaxy Fold 2 tetapi menurut laporan AJUNews, ia kelak akan dilancarkan sebagai Samsung Galaxy Bloom.

Samsung telah melakukan pertemuan tertutup dengan rakan niaga di CES dan slaid di atas tertiris. Ia mengesahkan penggunaan nama Galaxy Bloom untuk peranti skrin boleh lipat mereka yang seterusnya. Nama Galaxy Bloom dipilih kerana ia menyasarkan golongan wanita 20an yang mencari peranti bersaiz kompak sama seperti sebuah set alat solek. Selain itu Bloom juga dipercayai akan dijana cip Snapdragon 855 dan panel kaca pada skrin boleh lipat.

Sumber Ajunews menerusi Sammobile

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd