Cari @ Amanz

Apabila gambar sebenar Samsung Galaxy Fold 2 tertiris ke arena web beberapa minggu yang lalu, ramai meramalkan ia adalah sebuah peranti kelas pertengahan yang bersaing secara langsung dengan Motorola Razr. Ramalan ini dibuat memandangkan Fold asal adalah sebuah peranti mercu dan Samsung tidak mempunyai peranti boleh-lipat kelas pertengahan.

Tetapi laporan dari MySmartPrice kini mengatakan Fold 2 adalah sebuah peranti mercu yang menggunakan cip Snapdragon 855. Ini adalah cip pemproses yang sama seperti Fold dan hanya satu generasi di belakang Snapdragon 865. Pada waktu yang sama kamera swafoto Fold 2 juga dipercayai menggunakan sensor 10-Megapixel.

Sekiranya ini benar ia mungkin langkah Samsung untuk membunuh Motorola Razr yang sekadar dilengkapi cip Snapdragon 710. Sejak tiga tahun yang lalu Samsung melancarkan Galaxy W201X di China yang merupakan peranti mercu dalam bentuk telefon clamshell klasik. Maka ura-ura penggunaan cip mercu pada Fold 2 mungkin bukanlah idea yang mustahil. Samsung Galaxy Fold 2 dijangka dilancarkan pada 11 Februari ini bersama dengan Galaxy S20.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd