Giliran Realme XT Pula Menerima Kemaskini Realme UI Android 10

Giliran Realme XT Pula Menerima Kemaskini Realme UI Android 10

Diterbitkan pada Jan 20, 2020 oleh .

Dua hari lepas, Realme telah mengedarkan kemaskini Realme UI berasaskan Android 10 untuk Realme 3 Pro. Ia adalah sistem operasi tersendiri Realme, dan tidak lagi menggunakan Color OS dari Oppo.

Realme XT

Kini giliran Realme XT pula menerima kemaskini ini. Melalui kemaskini ini, Realme UI menawarkan kustomasi ikon, imej latar belakang beranimasi, sokongan tambatan dua fon telinga nirwayar serentak, Smart Sidebar, peningkatan privasi, screen-off display dan banyak lagi.

Bagi yang menggunakan peranti berharga RM1399 yang dilancarkan bulan Oktober tahun lepas, semak notifikasi OTA untuk mengemaskini peranti anda.


TIPS & ULASAN