Grab Menawarkan Insentif RM800 Kepada Pemandu Baharu Yang Mendaftar

Grab Menawarkan Insentif RM800 Kepada Pemandu Baharu Yang Mendaftar

Diterbitkan pada Jan 22, 2020 oleh .

Kerjaya di dalam ekonomi gig kini menjadi pilihan anak muda di bandar kerana memberikan kebebasan waktu bekerja dan gaji berdasarkan kerja yang dilakukan. Grab pada waktu ini ialah syarikat ekonomi gig terbesar di Malaysia menerusi perkhidmatan Grab, GrabBike dan Grab Food. Bagi menarik lebih banyak rakan-pandu untuk perkhidmatan seru-pandu mereka, Grab mengumumkan bayaran insentif RM800 kepada kesemua pemandu yang baru mendaftar.

GrabBayaran RM800 ini terdiri daripada RM500 bonus mendaftar dan RM300 subsidi membantu pemandu menanggung kos pendaftaran termasuk pemeriksaan kesihatan, latihan, peperiksaan, pelesenan serta pemeriksaan kenderaan. Ia akan ditawarkan kepada pemandu baharu yang mendaftar pada bulan ini hingga 31 Mac 2020.

Turut diumumkan ialah program GrabBenefits yang memberikan ganjaran kepada pemandu. Empat kategori di dalam GrabBenefits ialah rebat bahan api, selenggara dan aksesori kenderaan, penjagaan kesihatan dan gaya hidup. Pemandu mengumpul mata GrabBenefits yang kemudiannya boleh ditebus menerusi rakan niaga Grab.

Selain itu mereka turut akan menawarkan skim insurans kemalangan GrabInsure Personal Accident kepada pemandu dan penumpang. Ini adalah bagi memastikan kebajikan rakan-pandu mereka terjamin sekiranya ditimpa kecelakaan ketika bertugas.



TIPS & ULASAN