Ujian memandu secara elektronik diuji di Johor pada bulan Julai lalu oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Sistem ini akan akhirnya diperkenalkan ke seluruh negara pada Jun 2020 menurut ketua pengarah Jabatan Pengangkutan, Datuk Seri Shaharuddin Khalid hari ini.
Semasa ujian dilakukan, pemandu akan dipantau dari jarak jauh menggunakan kamera litar tertutup dan GPS. Tiada pegawai JPJ akan berada di dalam kenderaan sepanjang sesi ujian memandu. Dengan pengenalan ujian elektronik ini, kerajaan berharap masalah rasuah lesen terbang akan dapat dibanteras kerana tiada interaksi di antara pelajar dan juru uji. Selain Malaysia, sistem ujian memandu jarak jauh ini turut telah diperkenalkan di negara China dengan bantuan teknologi realiti maya.