Carian
Cagiva Akan Kembali Sebagai Pengeluar Motosikal Elektrik Tahun Ini
February 3, 2020 Effi Saharudin

Sekiranya anda membesar di dalam dekad 80an dan 90an, Cagiva ialah jenama motosikal yang amat dikenali kerana dipandu oleh Randy Mamola. Cagiva telah menghentikan pengeluaran motosikal berprestasi tinggi sejak 2012. Pada tahun 2020 Cagiva akan kembali ke pasaran sebagai pengeluar motosikal elektrik tahun ini.

Ura-ura mengenai Cagiva akan bangkit semula dari abu sebagai pengeluar motosikal elektrik telah didengari sejak 2018. Mereka akhirnya mengesahkan pengeluaran motosikal elektrik akan dilakukan tahun ini dengan jualan selewat-lewatnya pada tahun 2021. Pada waktu ini mereka tidak akan menghasilkan motosikal elektrik berprestasi tinggi sebaliknya menumpukan perhatian kepada motosikal dengan kuasa 4kW (sekitar 5 kuasa kuda),

Pasaran motosikal elektrik berkuasa tinggi adalah amat kompetitif pada waktu ini dengan Harley Davidson mula memasarkannya tahun lalu. Kawasaki dan Ducati juga mungkin akan melancarkan motosikal elektrik pertama mereka tahun ini. Seperti industri kereta, industri motosikal juga kini dilanda demam menggunakan kuasa elektrik selari dengan kehendak pengguna yang lebih cakna mengenai teknologi lestari.

Komen