Carian
Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy Buds+ Tertiris – Bertahan Dua Kali Ganda Lebih Lama
February 6, 2020 Effi Saharudin

Samsung Galaxy Buds+ ialah fon telinga nirwayar yang akan dilancarkan bersama dengan Galaxy S20 dan Galaxy Z Flip pada 12 Februari kelak. Ia adalah mode kemas kini kepada Galaxy Buds yang dilancarkan tahun lalu. Semalam aplikasi rasmi untuk iOS+ telah dilancarkan awal dan hari ini spesifikasi lengkap Galaxy Buds+ pula tertiris.

Galaxy Buds+ akan dilengkapi bateri lebih besar yang memberikan hayat penggunaan sehingga 11 jam sekali caj. Ini adalah hampir dua kali ganda berbanding 6 jam pada Galaxy Buds. Masa penggunaan yang lebih panjang dicapai dengan penggunaan bateri 85 mAh berbanding 58 mAh tahun lalu.

Penambahbaikan lain ialah penggunaan lebih banyak mikrofon, kemampuan menambat lebih dari satu Buds+ secara serentak dan sistem audio lebih dinamik. Tahap ketahanan air walau bagaimanapun masih lagi IPX2 sahaja.

Komen