Cari @ Amanz

Saban tahun peranti Vivo APEX diperlihatkan bagi menunjukkan teknologi terkini yang akan digunakan pada peranti baharu. Tahun ini Vivo APEX 2020 akan diperlihatkan ketika acara MWC Barcelona yang berlangsung pada penghujung Februari. Hari ini imej pengolokan tidak rasmi peranti telah tertiris menerusi akaun Ben Geskin.

Apa yang kami rasakan menarik ialah penggunaan hanya dwi-kamera pada bahagian belakang. Kamera utama dengan kemampuan zum optikal 5-7.5X yang jelas menunjukkan penggunaan mekanisme periskop. Sebuah lagi kamera sebesar 48-Megapixel hadir dengan penjenamaan “Gimbal Camera”. Besar kemungkinan kamera ini mempunyai sistem penstabilan imej yang sebaik sebuah gimbal menjadikannya sesuai untuk pengambilan aksi-aksi lasak.

Menarik sekali peranti tidak mempunyai sebuah flash pada bahagian belakang dan kamera swafoto pada bahagian hadapan. Terdapat kemungkinan APEX 2020 akan menggunakan sistem terbina kamera belakang skrin. Selain itu peranti turut mempunyai nisbah skrin kepada permukaan hadapan yang amat besar serta sisi melengkung.

Setakat ini APEX 2020 disahkan bakal menggunakan sistem pengecasan pantas 120W yang membolehkan bateri dicas sepenuhnya dalam masa 13 minit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd